Skip to content

Malaysia berSIAP-sedia sertai Brics

18 Jun 2024

Oleh Dean Arif, MY Bullion Trade:

Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai kumpulan negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) tidak lama lagi, kata Perdana Menteri  Anwar Ibrahim.

beli emas harga paling rendah
Sebahagian matawang BRICS dijangkakan akan disandarkan oleh emas tulen 999.9

“Kami telah mengambil keputusan yang sewajarnya. Kami akan melancarkan proses rasmi tidak lama lagi. Sekarang kami menunggu keputusan akhir, maklum balas daripada kerajaan Afrika Selatan,” kata perdana menteri yang dipetik oleh portal Berita Harian Online merujuk laporan News.az.

Anwar berkata demikian ketika ditemu bual bersama syarikat penerbitan, Guancha yang berpangkalan di Shanghai, China.

News.az melaporkan Anwar sebagai berkata sebelum ini dia mengadakan perbincangan mengenai pengembangan ahli BRICS dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Kumpulan BRICS menyaksikan dua gelombang pengembangan sejak kemunculannya pada 2006.

Pada 2011, Afrika Selatan menyertai ahli asal yang termasuk Brazil, Russia, India dan China. Pada Ogos 2023, enam ahli baharu, termasuk Argentina, dijemput untuk menyertai kumpulan itu.

Namun, Buenos Aires menukar fikirannya pada Disember tahun lalu. Lima ahli baru, Mesir, Iran, UAE, Arab Saudi dan Ethiopia, secara rasmi menyertai kumpulan itu pada 1 Januari 2024.

Kumpulan itu dibentuk untuk menyatukan negara-negara membangun di dunia, bagi mencabar kuasa politik dan ekonomi negara-negara kaya di Amerika Utara dan Eropah Barat.